fbpx

UiTM, MAB perkasa industri penerbangan, pendidikan mampan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roziah (tiga kiri) dan Izham (dua kanan) menunjukkan MoU yang dimeterai antara kedua-dua pihak di UiTM Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkasakan industri penerbangan dan pendidikan mampan di negara ini.

Jalinan kerjasama selama tiga tahun itu antaranya meliputi sesi perkongsian ilmu, pembangunan projek, penyelidikan, penerbitan dan aktiviti pemasaran silang.

  Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, usahasama itu memaksimumkan inisiatif dalam memperkukuh, mempromosi dan membangunkan akademik, industri serta komuniti UiTM.

  Menurut beliau, MAB merupakan simbol kebangsaan yang dekat di hati rakyat dan MoU berkenaan menjadi era penggabungan antara kedua-dua pihak.

  “Inisiatif ini turut melibatkan pertukaran institusi, kolumnis pakar atau penulisan editorial dan aktiviti promosi bersama dalam pelbagai cara.

   “Selain itu, kakitangan MAB akan dapat memanfaatkan program pembangunan diri untuk melanjutkan pengajian atau penyelidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis menandatangani MoU itu bersama MAB yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Kapten Izham Ismail di UiTM Shah Alam di sini semalam.

  Roziah menerangkan, peralihan dan perubahan persekitaran akademik dan industri bertujuan memastikan kesinambungan agenda nasional dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

“UiTM tidak pernah berkompromi dan berusaha memberikan yang terbaik dalam menyediakan pendidikan berkualiti,” ujarnya.

 Sementara itu, Izham berkata, MAB  bukan hanya menawarkan perkhidmatan penerbangan malah keperluan bakat yang bersedia untuk masa depan dan membina pasukan berinovatif.

“Kami berharap kerjasama ini membantu pelajar meneroka aspek penyelidikan, pembangunan produk dan perkhidmatan dalam penerbangan Malaysia.

 “Ia antaranya perkhidmatan makanan dan hiburan di dalam pesawat selain mempromosikan pengalaman pembelajaran secara amali dan penglibatan dalam projek MAB,” katanya.

  Dalam pada itu, beliau berkata, MAB dan Firefly turut memberi diskaun sebanyak 15 peratus tambang penerbangan kepada semua alumni UiTM yang berdaftar melalui Aplikasi Media Sosial MyAlumni.

  “Tempahan bermula dari 8 September hingga 8 Oktober depan itu bagi semua destinasi domestik dan antarabangsa terpilih,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI