fbpx

Selangkah lagi layak Piala Dunia 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AN NAJWA (tengah) menjadi sandaran utama skuad bola jaring negara berdepan Singapura di separuh akhir petang esok. - NETBALL SINGAPORE

PETALING JAYA – Pasukan bola jaring negara perlu melepasi satu halangan sahaja lagi untuk menyambar tiket automatik ke Piala Dunia 2023 di Cape Town, Afrika Selatan dari 28 Julai hingga 6 Ogos tahun depan.

Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah kerana Malaysia bakal berhadapan musuh tradisi, Singapura pada aksi separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 OCBC Arena petang esok.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan dari Australia, Lisa Beehag percaya anak-anak buahnya mampu mengharungi cabaran itu untuk ke final esok supaya layak ke Piala Dunia 2023 sebagai dua pasukan terbaik Asia.

“Sudah tentu kami sasarkan untuk menang. Kami tak mahu masuk untuk dapat tempat kedua atau tiga, jadi saya mahu melihat permainan yang konsisten.

“Mereka perlu pastikan intensiti yang sama sepanjang perlawanan. Saya percaya Malaysia boleh bersaing secara kompetitif dengan semua pasukan-pasukan hebat Asia,” katanya.

Malaysia tewas 43-56 kepada Singapura pada aksi terakhir pusingan kedua liga sepusingan semalam, namun ia tidak membawa sebarang makna kerana tetap bertemu lawan sama di separuh akhir.

Barisan pemain negara diketuai goal shooter sensasi, An Najwa Azizan pastinya menyimpan kekuatan sebenar mereka kelmarin untuk menewaskan Singapura petang esok sekali gus layak ke pentas final.

Malaysia pernah mencipta sejarah muncul juara Asia buat kali pertama ketika di Thailand pada 2016, manakala kali terakhir skuad negara beraksi di pentas Piala Dunia adalah sewaktu edisi 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI