fbpx

Charms mahu bawa produk halal ke pasaran Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bashirah (kiri) dan Heliza menunjukkan produk baharu Charms di Kuala Lumpur baru-baru ini

KUALA LUMPUR – Charms Cosmetic Skincare (Charms) sedang menyusun strategi untuk menembusi negara jiran khususnya ke Indonesia sebagai usaha untuk mengembangkan penguasaan pasaran ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Bashirah Hussin berkata, pihaknya optimis untuk meneroka negara tersebut memandangkan kini beberapa produknya sudah mendapat pengesahan sijil halal daripada Jakim.

“Permintaan untuk mendapatkan produk halal khususnya produk penjagaan diri dan kecantikan semakin bertambah di sana jadi ini adalah peluang terbaik buat Charms untuk meneroka pasaran di negara jiran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran produk baharu dan penyampaian anugerah kepada ejen Charms yang berjaya di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Datin Seri Heliza Helmi yang merupakan pelanggan setia Charms diperkenalkan sebagai pengguna produk Charms berwajah baharu iaitu Hydra Fresh Tin­ted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50.

Charms yang sudah berusia kira-kira 10 tahun dengan tawaran 10 jenis produk di pasaran itu kini memiliki 12,000 ejen di seluruh negara.

Selain itu, mengulas mengenai produk baharu tersebut, Bashirah menjelaskan, Hydra Fresh Tinted Moisturiser broad Spectrum SPF 50 itu dijangka mampu mencatat jualan sehingga 40,000 unit dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Tambah beliau, sasaran tersebut akan dicapai memandangkan keyakinan pe­langgannya terhadap kajian dan pembangunan yang dijalankan terhadap produk keluaran Charms. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI