fbpx

Warga asing maut langgar papan tanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas melanggar papan tanda dalam kejadian di Kampung Chokro di Simpang Renggam, Kluang.

KLUANG – Seorang lelaki warga asing maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat melanggar papan tanda dalam kejadian di Kampung Chokro di Simpang Renggam di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner (ACP) Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.20 petang itu, mangsa yang berusia lingkungan 20 tahun disyaki dalam perjalanan dari Kampung Chokro menuju ke Pekan Simpang Renggam.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya sebelum terbabas dan melanggar papan tanda seterusnya terjunam ke dalam parit.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat dan tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Bahrin, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI