fbpx

UMNO Perak muktamadkan tiada kerjasama dengan Pas Perak PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani.

PARIT – UMNO Perak memuktamadkan tiada kerjasama di antara parti berkenaan dengan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang di negeri ini.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerjasama yang terjalin buat masa ini di antara dua parti tersebut adalah di atas kapasiti sebagai rakan dalam kerajaan negeri sahaja.

“Sebagai rakan dalam kerajaan negeri kita bekerjasamalah.

“Untuk pilihan raya kita pergi sendiri. Muktamad,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita mengenai keputusan UMNO memuktamadkan tiada kerjasama antara parti berkenaan dan Pas di dalam Muafakat Nasional (MN) pada PRU-15.

Minggu lalu media melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan UMNO membuat keputusan untuk bergerak solo meskipun Pas mahu mempertahan Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata tindakan Ahmad Zahid menolak kerjasama bersama Pas dalam PRU15 tidak mewakili pendirian parti itu secara keseluruhan dan bukan keputusan sepenuhnya UMNO.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Saarani turut memaklumkan Kerajaan Perak akan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas melibatkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti, selepas ia diwartakan di peringkat Persekutuan.

Katanya, perkara berkenaan melibatkan pindaan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita akan adakan selepas RUU peringkat Nasional diwartakan, baru kita boleh panggil sidang DUN sebab kita akan gunakan jadual lapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI