fbpx

Thailand lulus RM197 juta atasi banjir berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pekerja sedang membaiki paip air rosak yang menjadi antara punca banjir berterusan di beberapa wilayah Thailand. - Thaiger

BANGKOK – Kabinet Thailand mengumumkan peruntukan berjumlah 1.6 bilion baht (RM197 juta) bagi mengatasi masalah banjir yang berterusan di negara itu, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Kira-kira 912 juta baht (RM112 juta)  diperuntukkan untuk pengurusan air semasa musim hujan dan kemarau,  manakala 664 juta baht (RM81 juta) pula dikhaskan untuk membeli pam air baharu.

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri, Anucha Burapachaisi berkata, peruntukan  664 juta baht itu akan dibelanjakan untuk membeli 203 pam air baharu.

Katanya, ia  adalah cara terpantas untuk membantu penduduk dan petani yang mengalami banjir dan kemarau di Thailand.

Jabatan Pengairan Diraja diberi tanggungjawab untuk menguruskan belanjawan tersebut dan mencari pam air berkualiti untuk menggantikan pam air lama yang tidak lagi berbaloi untuk dibaiki.

Laporan Kabinet mendedahkan bahawa 912 juta baht akan dibelanjakan untuk pengurusan air bagi mengelakkan banjir pada musim hujan dan simpanan air semasa musim kemarau.

Wang itu akan diperuntukkan kepada tiga kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Koperasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Dalam Negeri.

Lebih 648 hektar ekar tanah dan 542 isi rumah di Thailand akan mendapat manfaat daripada projek tersebut apabila ia siap.

Projek-projek itu termasuk pembaikan dan penyelenggaraan empangan, gondok air serta pembersihan sampah.

Pejabat Pedana Menteri menambah bahawa bajet untuk tahun fiskal 2022 telah diasingkan kira-kira 10 bilion baht (RM1.2 bilion)  untuk pengurusan air. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI