fbpx

Suri rumah pijak anak kerana tertekan suami curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lydia Fransiska Natalia, membelasah anaknya yang berusia lebih dua tahun sehingga hampir mati. – Istimewa

JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Lampung ditahan polis kerana memijak anaknya yang dipercayai dilakukan akibat tertekan dengan sikap suaminya, lapor laman berita Detik hari ini.

Lydia Fransiska Natalia yang merupakan seorang suri rumah,  membelasah anaknya yang berusia lebih dua tahun sehingga hampir mati.

“Dia mengalami tekanan dan berasa marah terhadap suaminya,” kata Ketua Polis Bukit Kemuning, Komisioner Polis Muhidin.

Sebelum ini, sebuah video tular memaparkan aksi suspek memijak anaknya sehingga ‘lunyai’ sebelum mengangkat ke udara dan menampar wajah kanak-kanak lelaki itu.

Mangsa yang masih kecil hanya menangis ketika dibelasah ibunya.

“Ini semua kerana bapa kamu (suami) yang biadap, selalu curang sehinggakan anak mati pun dia tidak akan ambil kisah. Lihat ya, jangan buat saya naik gila,” kata suspek dalam video tersebut sambil memijak dada anaknya.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lampung Utara, Penolong Pesuruhjaya  Polis Eko Rendi Oktama berkata, pihaknya masih menyiasat kes itu dan mendapatkan keterangan lanjut daripada suspek.

“Daripada keterangan awal, motif suspek adalah meminta wang daripada suaminya dengan cara menyeksa anak mereka dan kemudian mengirim video itu menerusi pesanan mesej.

“Berdasarkan keterangan suspek, tindakan mendera anaknya itu hanya dilakukan baru-baru ini. Kami juga akan menyoal siasat anaknya bagi mengetahui sejauh mana penderaan dilakukan,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI