fbpx

Sindiket sembunyi dadah dalam kereta di parkir kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashari (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Wangsa Maju.

KUALA LUMPUR – Satu sindiket dadah dikesan menggunakan modus operandi baharu dengan menjadikan sebuah kereta yang diparkir di kondominium sebagai tempat menyembunyikan dadah dalam operasi pada 6 September lalu.

Kereta jenis Nissan Sentra yang disewa secara bulanan itu diletakkan di tingkat dua sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini dengan ganja disembunyikan di bahagian bonet.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 32 tahun di sebuah kondominium di Jalan Ampang pada pukul 1.40 tengah hari.

“Polis merampas syabu seberat 6.34 gram, 110 biji pil dipercayai ekstasi dan ketulan mampat daun kering dipercayai ganja seberat 1,038 gram.

“Hasil soal siasat ke atas dua suspek itu, pada pukul 2.35 petang hari sama, polis menyerbu tempat letak kereta sebuah kondominium dan menemui kereta Nissan Sentra berwarna perak,” ujarnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wang Maju di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam kereta itu menjumpai 45 ketulan mampat disyaki ganja seberat 44,085 gram.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an di kawasan rumah setinggan di Sentul dipercayai turut terlibat dengan sindiket sama,” ujarnya.

Semakan ke atas sindiket tersebut mendapati mereka menjadikan kereta yang disimpan di parkir kondominium sebagai lokasi menyembunyikan dadah.

Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kereta Nissan Sentra adalah RM115,490.

Kesemua suspek yang positif dadah dipercayai aktif mengedar dadah sejak awal November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI