fbpx

Robot AI dilantik jadi CEO syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tang Yu akan mengendalikan syarikat yang bernilai RM45 bilion itu selaras dengan pelantikannya sebagai CEO. - Facebook NetDragon

BEIJING – Sebuah syarikat metaverse di China, NetDragon mencipta sejarah apabila melantik robot humanoid maya  dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), lapor laman berita Oddity Central semalam.

CEO yang dikenali sebagai ‘Tang Yu’ itu dilaporkan akan mengendalikan jabatan organisasi dan kecekapan Fujian NetDragon Websoft serta  menyelia operasi di syarikat teknologi itu yang bernilai hampir AS$10 bilion (RM45 bilion).

Lembaga Pengarah NetDragon Websoft percaya bahawa robot AI adalah masa depan pengurusan korporat dan pelantikan Tang Yu adalah komitmen simbolik untuk menerima penggunaan AI dan mengubah cara syarikat menjalankan perniagaan.

“Tang Yu akan menyelaraskan aliran proses, meningkatkan kualiti tugas kerja dan meningkatkan kelajuan pelaksanaan.

“Dia  juga akan berfungsi sebagai hab data masa nyata dan alat analisis untuk menyokong pembuatan keputusan yang rasional dalam operasi harian, serta membolehkan sistem pengurusan risiko yang lebih berkesan.”

“Selain itu, Tang Yu dijangka memainkan peranan penting dalam pengembangan bakat dan memastikan ruang kerjaya yang adil dan cekap untuk semua pekerja,” tulis satu kenyataan akhbar itu.

Pada masa hadapan, syarikat teknologi China itu merancang untuk mengembangkan algoritma di sebalik Tang Yu untuk mencipta model pengurusan yang telus apabila NetDragon Websoft berubah menjadi ‘komuniti kerja berasaskan metaverse’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI