fbpx

Ribut petir di tujuh negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu diramalkan melanda beberapa kawasan di Pahang iaitu Raub dan Bentong.

“Ia turut melibatkan keseluruhan kawasan Kuala Lumpur serta Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.

“Bagi Negeri Sembilan, hujan lebat dijangka berlaku di Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin serta seluruh Melaka,” katanya hari ini.

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di Johor meliputi Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Kluang.

“Sarawak hanya tertumpu di Serian, Samarahan (Simunjan), Kapit (Belaga), Bintulu (Sebauh), Miri dan Limbang.

“Sementara di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau) dan Kudat (Kudat),” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat bagi kawasan terlibat dijangkakan berterusan sehingga pukul 11 malam nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI