fbpx

Pendapat bapa tak mewakili saya – Kasih Leona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEONA Kasih enggan terkait dengan kenyataan sensasi bapanya, Azhar Sulaiman berhubung pengakuan hitam seorang pelakon remaja baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pensohor media sosial yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Leona enggan namanya terus dikaitkan dengan kenyataan kontroversi yang dikeluarkan bapanya.

Biarpun mempunyai hubungan darah daging, Leona, 20, menerusi Twitter berkata, pendapat bapanya berhubung pendedahan seorang pelakon remaja baru-baru ini tidak mewakili dirinya.

Dia sekali gus meminta netizen agar berhenti daripada terus mengheret namanya dengan kisah berkenaan.

“Saya tahu saya anak dia tapi tolong henti kaitkan apa sahaja yang dibuat dengan saya.

“Kami tidak selalu bercakap tentang isu semasa yang berlaku dan saya sendiri tak tahu kenapa dia buat kenyataan begitu. Pendapat bapa saya tak mencerminkan saya,” jelas Leona.

Biarpun sudah membuat penjelasan, perkara berkenaan masih menjadi topik dalam kalangan netizen yang meminta selebriti itu menasihati bapanya agar tidak mencampuri urusan orang lain.

Tidak kurang juga ada yang berasa kasihan melihat Leona terkena tempias dan menjadi mangsa serangan netizen gara-gara kenyataan bapanya.

Malah netizen mempertahankan Leona dengan berkata, mengapa perlu mengaitkan dia serta membangkitkan pelbagai isu lain seperti tidak pandai berbahasa Melayu dan berimej seksi.

Terdahulu, Azhar menerusi media sosialnya berkongsi pandangan berhubung pendedahan mengejut seorang pelakon remaja yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual ahli keluarga sendiri.

Pelakon Abang 92 itu menyifatkan pendedahan pelakon remaja itu tidak mendatangkan kebaikan sebaliknya lebih ke arah membuka aib keluarga sendiri.

Susulan itu, Azhar dikecam hebat selain ada yang memperlekehkan Puteri Balqis itu dan mendakwa dia perlu memikirkan tentang keluarga sendiri, terutama anaknya Leona sebelum ingin menegur orang lain.

Beberapa hari lalu, dunia hiburan tanah ait dikejutkan dengan penularan pengakuan seorang pelakon remaja yang bercerita tentang pengalaman hitam paling tidak boleh dilupakan dalam hidupnya iaitu menjadi mangsa gangguan seksual ahli keluarga sendiri.

Selepas perkara tersebut tular, bapa pelakon itu tampil membuat laporan polis sebelum pelakon terbabit itu juga turut berbuat demikian tiga hari lalu di Subang Jaya.

Sehingga kini, bapa pelakon itu ditahan reman pihak polis bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI