fbpx

MAFI bimbing usahawan PKS perkukuh pasaran eksport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haslina ketika melancarkan Pavilion MAFI @MIHAS MITEC, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bimbingan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berpeluang meneroka perdagangan ke lebih 42 buah negara yang terlibat dalam Expo Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-18 (MIHAS 2022).

Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, penglibatan kali ini juga bertujuan menggalakkan usahawan PKS ini menceburi bidang pengeksportan yang dilihat berpotensi luas.

“MAFI melalui usahawan bimbingan di bawahnya iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dan Bio Economy Corporation (BEC) menghantar penyertaan sebanyak 20 buah syarikat dan tiga pempamer iaitu AgroBazaar Online, MARDI dan juga NAFAS.

“Selain itu kita juga dapat menghebahkan peranan MAFI dalam membangunkan pasaran eksport bagi produk agromakanan negara,” katanya selepas melancarkan Pavilion MAFI @MIHAS 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC), hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI