fbpx

Lelaki tenang bersalam, berborak dengan individu pakai baju serupa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki bersalaman dengan individu yang memakai baju serupa dengannya ketika terserempak di pasar raya. - Suara

JAKARTA – Seorang lelaki di Jogjakarta bertindak santai apabila bersalaman dengan individu yang memakai baju corak sama dengan dirinya, lapor laman berita Suara semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter itu, lelaki yang kelihatan berusia dalam lingkungan 40-an itu sedang bersiar-siar di sebuah pasar raya sebelum terserempak dengan seorang lagi individu yang memakai baju serupa.

Jika pada kebiasaannya,  seseorang akan memilih untuk tidak bertembung dengan pemakai baju serupa kerana berasa malu, lelaki itu bertindak sebaliknya.

Dia tanpa rasa kekok berjalan ke arah individu berbaju serupa itu dan bersalaman dengannya malah sempat berbual kosong.

“Jika orang lain lari melihat individu berpakaian sama, dia pergi berbual dengan individu tersebut,” tulis kapsyen video.

Perbuatan ramah lelaki itu mendapat pujian netizen yang berasakan sikap tersebut patut dicontohi.

“Lelaki ini membuktikan tiada salah jika beli pakaian di kedai sama dan terserempak dengan orang yang memakai baju serupa,” komen seorang pengguna media sosial.

Video tersebut telah mendapat puluhan ribu tanda suka dan diulang ciap beribu-ribu kali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI