fbpx

Kylian Mbappe ledak dua gol julang PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KYLIAN MBAPPE

PARIS – Penyerang sensasi, Kylian Mbappe diangkat wira selepas menyumbat dua gol selepas membantu pasukan Pa­ris Saint-Germain (PSG) mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Juventus pada aksi Liga Juara-Juara di Parc des Princes semalam.

Pada saingan tersebut, PSG terlebih dahulu membuka ja­ringan menerusi hantaran cantik Neymar dan disudahkan Mbappe pada minit kelima sebelum menyumbang gol kedua pada minit ke-22.

PSG berpeluang menyumbat gol ketiga, namun rembatan Mbappe gagal menuju ke gawang gol meskipun ketika itu Neymar dilihat berpeluang untuk menja­ringkan gol.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Juventus terus melakukan serangan, namun beberapa percubaan berjaya dipatahkan sebelum pemain gantian, Weston McKennie menanduk masuk gol buat Juventus.

Ketua jurulatih PSG, Christophe Galtier mengakui gembira dengan prestasi pasukannya meskipun terpaksa berhempas pulas menewaskan Juventus.

“Kami mempunyai peluang cukup besar pada separuh masa pertama dan mereka bermain cukup baik menyudahkan dua gol.

“Mbappe bermain dengan cukup baik dan dia obses untuk menjaringkan gol ketiganya pada saingan tersebut. Mungkin dia tidak melihat Neymar, saya tidak tahu,” kata Galtier. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI