PETALING JAYA – Plie, jenama pakaian dalam wanita terkenal dari Brazil yang telah melebarkan sayapnya di Malaysia, optimis untuk mencatat penguasaan pasaran yang baik daripada kumpulan sasarannya yang terdiri daripada golongan wanita, ibu mengandung dan sedang berpantang untuk mendapatkan koleksi pakaian dalam yang selesa.
Ia juga menyediakan pakaian dalam khusus untuk mereka yang aktif bersukan dan juga bagi pesakit baharu menjalani prosedur pembedahan serta wanita yang ingin kelihatan anggun dan yakin dengan bentuk tubuh badannya sepanjang masa.
Ketua Pegawai Eksekutif Pliē Malaysia, Adeline C berkata, pakaian dalam Plie yang bersesuaian untuk pelbagai saiz tubuh badan dan juga peringkat umur itu diilhamkan secara eksklusif dari Brazil yang bertujuan memberi sokongan tambahan terhadap tubuh badan, terutama sekali pada sekitar bahagian tulang belakang dan perut.
“Fabrik yang digunakan untuk semua produk Plie sangat selesa kerana kami telah berganding bahu dengan pembekal benang terbaik di dunia seperti Emana dan Supplex.
“Ciri tambahan lain pulak adalah setiap helaiannya menawarkan keupayaan hidrofilik dan menyerap kelembapan yang akan membolehkan kesemua produk Plie selesa dan sesuai di pakai sepanjang hari,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis sambutan ulang tahun jenama Plie di Malaysia di sini baru-baru ini.
Adelin telah dilantik sebagai pengedar eksklusif di pasaran tempatan sejak tahun 2020.
Tambah beliau, kesemua produk Plie boleh didapati dalam pelbagai pilihan saiz iaitu bermula daripada S hingga XXL dengan tawaran harga antara RM200 hingga RM800.
Untuk perancangan tahun depan, beliau bakal mengembangkan sayap perniagaannya dalam bidang berkaitan kesihatan dan perubatan dengan melahirkan kepelbagaian produk yang sesuai untuk kegunaan pesakit di hospital. -KOSMO! ONLINE