PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Sabah dan Sarawak petang ini.
Amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) itu meramalkan keadaan cuaca buruk tersebut berlaku sehingga lewat petang.
“di Negeri Sabah ia melibatkan pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).
“Sarawak pula di Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi),” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, menerusi laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima negeri di Semenanjung dilaporkan menerima taburan hujan di satu dua kawasan setakat pukul 3.30 petang.
“Negeri yang terlibat adalah Selangor, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu,” ujarnya.
Bagaimanapun, intensiti hujan di semua kawasan tersebut merekodkan bacaan kurang daripada 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE