fbpx

Gempa bumi gegar Selatan Jawa, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi gempa bumi sederhana di Selatan Jawa, Indonesia.

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Selatan Jawa, Indonesia petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 3.01 petang pada kedalaman 55 kilometer (km).

“Pusat gempa bumi terletak pada kedudukan 10.4 darjah selatan dan 109.8 darjah timur dengan jarak 290 km selatan dari Yogjakarta,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, tambah MetMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI