fbpx

Foto mesra Jennie, V tersebar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V BTS dan Jennie Blackpink.

TIDAK semena-mena, kecoh mengenai penyebaran foto peribadi milik Jennie yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Paling mendapat perhatian, gambar memperlihatkan anggota BTS iaitu V mencium dahi Jennie.

Dipercayai, foto tersebut mula dikongsi menerusi akaun Twitter @gurumiharibo termasuk beberapa aksi mesra lain kedua-dua bintang terkenal itu.

Penyebaran foto-foto tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan peminat dan ramai berpendapat akaun iCloud milik Jennie digodam individu tidak bertanggungjawab.

Nama kedua-dua bintang itu turut menjadi trending selain peminat melancarkan kempen Protect Jennie bagi menuntut keadilan atas penularan gambar peribadinya.

Malah mereka turut mendesak syarikat pengurusan YG Entertainment dan Big Hit Music mengambil tindakan segera.

Menerusi gambar yang tersebar, peminat turut membuat spekulasi bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI