fbpx

Erling Haaland pelaburan berbaloi Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND beraksi cemerlang dengan meledak dua gol ketika membantu City menewaskan Sevilla 4-0 pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan awal pagi semalam. – AGENSI

SEVILLE, Sepanyol – Kehadiran Erling Haaland bersama Manchester City dianggap satu pelaburan berbaloi buat Pep Guardiola selepas pe­nyerang Norway itu meledak dua jaringan ketika pasukan itu membenam Sevilla 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara pagi semalam.

Haaland yang melengkap­kan perpindahan £51 juta (RM265.26 juta) dari Borussia Dortmund menikmati permulaan karier luar biasa di England selepas meledak 12 gol dalam tujuh perlawanan.

Kemenangan tersebut memastikan City memulakan kempen dengan gaya dalam Kumpulan G sekali gus berpeluang untuk tampil cemerlang dalam aksi Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, Guardio­la tidak terkejut dengan pe­nampilan memukau penyerang utamanya, Haaland yang terus menyumbang gol buat pasukannya.

“Ia bukan hanya sekadar dua gol tetapi dia (Haaland) sentiasa rasakan dia mampu menjaringkan gol lebih dari itu. Dia mempunyai matlamat luar biasa.

“Haaland telah buktikan kemampuannya sebelum ini bersama pasukan terdahulu dan saya harap dia dapat kekalkan penampilan terbaiknya bersama pasukan ini.

“Pasukan mempunyai tugas berat kerana akan berdepan Tottenham minggu ini dan saya harap kami dapat teruskan momentum cemerlang ini sekali lagi,” kata Guardiola.

Untuk rekod, Haaland sudah meledak 25 kali dalam 20 aksi Liga Juara-Juara, jumlah dilakarnya termasuk ketika penampilan pertama buat City, Dortmund dan Red Bull Salzburg. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI