fbpx

Bisnes warga emas jual daging babi, arak terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHRIN menunjukkan sebahagian rampasan yang dirampas dalam sidang akhbar di IPD Kluang, Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang warga emas diberkas selepas disyaki menjual daging babi serta arak tidak bercukai dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Harmoni, Simpang Renggam di sini, Selasa lalu.

Dalam serbuan pada pukul 5.09 petang itu, lelaki berusia 60 tahun diberkas selain selaras senapang patah.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, turut dirampas satu beg berwarna hijau, enam butir peluru Buck Shot, empat butir peluru SB Corona dan sebutir peluru Kerambit 1 dirampas.

“Rampasan lain 83 bungkusan plastik dipercayai mengandungi daging babi hutan, 28 karton minuman beralkohol tanpa cukai, sebuah peti sejuk dan sebuah kereta disyaki dijual kepada warga asing.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk cukai adalah RM27, 935,” katanya melalui sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dekat sini hari ini.

Menurut Bahrin, kes akan disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Tahanan juga disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga 20 kali nilai rampasan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kesalahan turut disiasat mengikut Seksyen 60 (1) (b) Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Ujarnya lagi, tahanan kini ditahan reman selama empat hari sehingga 10 September untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI