fbpx

628 premis biak nyamuk aedes di Terengganu dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 628 premis di Terengganu telah dikenakan notis kompaun sejak awal tahun ini berikutan dikesan terlalu kotor hingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, pengeluaran notis tersebut akibat pengabaian kebersihan tersebut mengikut Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

“Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah melakukan pemeriksaan terhadap 125,124 premis kediaman dan perniagaan seluruh Terengganu sejak awal Januari lalu.

“Sebanyak 2,206 premis terbabit didapati bekas pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan berlakunya wabak denggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kasemani berkata, 628 pemilik premis berkenaan telah dikenakan kompaun manakala selebihnya diberi notis amaran sebagai peringatan.

Jelas beliau, setakat ini, sebanyak 539 kompaun yang dikeluarkan itu telah dilunaskan dengan nilai keseluruhan RM79,850.

“Dalam tempoh sama, JKNT juga melakukan semburan kabus di 119,032 premis dan membunuh jentik-jentik di 52,230 premis dikenal pasti di negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI