fbpx

Lelaki mabuk dijumpai terbaring ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga asing dalam keadaan mabuk ditemui ditikam dan terbaring di tepi jalan Jalan Radin Bagus 8, Sri Petaling, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 20 hingga 30-an, dijumpai terbaring akibat ditikam di tepi Jalan Radin Bagus 8, Sri Petaling, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul shukor berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 3.49 pagi ketika anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Sri Petaling menjalankan Rondaan Pencegah Jenayah.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat satu kesan tikaman pada bahagian pinggang sebelah kiri mangsa yang turut dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

“Bagaimanapun, pihak polis tidak menemui sebarang senjata yang digunakan semasa kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suhubungan itu, Amihizam berkata, hasil siasatan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) serta pemantauan sekitar tempat kejadian telah membawa kepada penahanan lima lelaki warganegara Myanmar.

“Mereka disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut.

“Terdapat dua kesan lebam pada muka dua lelaki yang ditahan dan kesemua suspek direman dibawah Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI