fbpx

Wanita mabuk dakwa hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bustami mendakwa pegawai polis cuba merogolnya kerana tidak pernah melihat wanita secantik dia. - Daily Star UK

LAS VEGAS, NEVADA – Seorang wanita dari negeri Nevada, Amerika Syarikat (AS) ditahan polis selepas menuduh pegawai yang memeriksanya sebagai cuba memperkosa kerana tidak pernah melihat individu cantik sepertinya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Suspek, Hend Bustami, sebelum itu memiliki waran tangkap atas namanya yang membolehkan pihak keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas menahannya sejurus dia mendarat.

Namun, dia berjaya bersembunyi di sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang itu dan tertidur di situ kerana terlalu mabuk.

Apabila polis berjaya mengesannya, dia bergegas ke sebuah restoran di mana dia gagal membayar hidangan yang dipesan, mula bergaduh dengan pihak pengurusan sebelum polis tiba untuk campur tangan.

Semasa ditahan, Bustami mengugut untuk meludah ke arah pegawai polis dan membuat dakwaan anggota itu cuba merogol dirinya yang dikatakan terlalu cantik.

Wanita itu kemudiannya ditangkap dan dibawa ke Pusat Tahanan Daerah Clark, di mana dia ditahan dengan bayaran ikat jamin AS$1,000 (RM4,503).

Bustami dijadualkan hadir ke mahkamah pada 27 Oktober akan datang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI