fbpx

Tauke rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGASI berisi emas itu dicuri ketika dalam penerbangan. – Business Recorder

ISLAMABAD – Bagasi milik seorang tauke emas dari Pakistan yang mengandungi barangan berharga tersebut yang bernilai AS$2.5 juta (RM11.26 juta) dilaporkan dicuri semasa menaiki penerbangan dari Dubai ke Karachi, lapor laman berita Wion News semalam.

Menurut akhbar Express Tribune, Mohammad Moonis, kehilangan 1.5 kilogram (kg) emas semasa penerbangannya pada petang Ahad lalu.

Emas itu tidak ditemui walaupun kru penerbangan berusaha keras mencarinya sebaik sahaja pesawat mendarat di Karachi.

Mohammad mendakwa, semasa dalam perjalanan, 1.5 kg emas hilang dari beg pakaian yang ditempatkan di dalam kabin pesawat sebelum memaklumkan kepada kru kabin mengenainya. 

Pasukan Keselamatan Lapangan Terbang (ASF) menggeledah sepenuhnya setiap penumpang selepas mendarat, namun gagal menemui emas-emas tersebut.

Mohammad sebelum itu telah mendedahkan kepada pegawai kastam berkenaan hasratnya untuk membawa emas ke Pakistan selain secara sah membawa balik barangan berharga itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI