fbpx

SPRM reman dua individu disyaki rasuah RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan reman selepas ditahan di SPRM Putrajaya malam semalam.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu bagi membantu siasatan berhubung urusan pengambilalihan kerja projek pembinaan sistem pengangkutan awam membabitkan nilai rasuah melebihi RM10 juta.

Permohonan reman terhadap suspek wanita dan lelaki masing-masing berusia awal 40-an itu dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 9 September depan.

Menurut sumber, suspek wanita yang merupakan pengurus kewangan sebuah syarikat dipercayai melakukan rasuah dengan membayar lebih RM10 juta bagi memudahkan urusan dan kelulusan pengambilalihan projek daripada syarikat lain kepada syarikat miliknya.

“Suspek bertanggungjawab melakukan pembayaran wang yang dipercayai dilakukannya tanpa mematuhi prosedur kewangan dan perolehan syarikat.

“Manakala suspek lelaki pula merupakan ketua bahagian pemasaran syarikat sama dan disyaki membuat pembayaran kepada enam individu serta entiti berbeza yang disyaki palsu,” katanya di sini tadi.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 9.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI