fbpx

Remaja perempuan hilang selepas jumpa ‘ummu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azli.

LIPIS – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya untuk bertemu rakan di sebuah pasar raya di bandar Kuala Lipis di sini.

Nurul Madihah Alifah dipercayai keluar dari rumahnya pada pukul 10 pagi pada 4 September lalu dan sehingga ini masih belum ditemui.

Susulan kejadian itu, bapa mangsa, Khairul Nazremy Kassim, membuat laporan polis di IPD Lipis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, sebelum kejadian kanak-kanak yang masih bersekolah itu meminta izin bapanya untuk berjumpa dengan rakannya yang dikenali sebagai ‘ummu’.

“Kemudian mangsa meminta bapanya menghantar ke sebuah pasar raya di bandar ini untuk bertemu rakannya dan pada hari yang sama keluarganya cuba menghubungi mangsa namun gagal.

“Bapa mangsa cuba mencari di sekitar bandar ini dan bertanya kepada rakan-rakannya termasuk menghubungi keluarga di tempat lain namun gagal juga ditemui,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal mangsa tidak membawa Mykad dan bapa mangsa mengesyaki anaknya melarikan diri dan kejadian itu merupakan kali kedua remaja tersebut keluar dari rumah.

Katanya, berdasarkan siasatan juga, bapa mangsa mengesyaki anaknya melarikan diri ke rumah keluarga di Melaka dan kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH) dan Kertas Enkuiri Polis (KEP)/OH telah dibuka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI