fbpx

Ramai kagum kekuatan ‘atok’ 90 tahun sampai puncak Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan wajah kegembiraan warga emas tersebut yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu kelmarin.

PETALING JAYA – Seorang warga emas lelaki berusia 90 tahun berjaya membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

Sebuah rakaman yang dikongsikan pengguna TikTok @iceeminn123 memaparkan detik-detik kejayaan warga emas itu ketika sampai di puncak tertinggi negara sambil dipimpin seorang pendaki lain kelmarin.

Katanya, warga emas yang berasal dari Papar, Sabah itu merupakan pendaki tertua berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

“5 September 2022, Poh, 90 tahun. Apa-apa pun tahniah, rekod terbaharu bagi pendakai tertua yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu setakat ini,” katanya pada hantaran yang dimuat naik semalam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh warga emas itu selain mempunyai stamina tinggi kerana bukan mudah untuk berada pada tahap itu.

“Saya yang umur 30 tahun ini pun tak yakin mampu daki Gunung Kinabalu. Terbaik la ‘atok’, memang hebat,” puji Azhari Mokhtar.

“Tercabar orang muda, 90 tahun mampu sampai ke puncak. Memang stamina dia bukan calang-calang,” kata Zaini.

“Tahniah ‘aki’ (datuk). Terima kasih juga kepada pendaki lain yang memimpin pendakian bersama pendaki tertua itu sehingga berjaya membawanya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Rakyat Malaysia memang hebat,” ujar seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI