fbpx

Pijama dipakai Jungkook laris dibeli peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNGKOOK

PENGARUH kumpulan BTS bukan hanya tentang muzik tetapi apa sahaja dilakukan mereka pasti meninggalkan impak besar.

Contohnya seperti fesyen, lokasi yang dikunjungi mereka ataupun makanan serta minuman.

Sebelum ini, banyak kali berlakunya kejadian jenama pakaian, beg dan minuman yang digunakan ahli kumpulan itu laris terjual gara-gara penangan peminat.

Kali ini, set baju tidur atau pijama yang dipakai salah seorang ahlinya iaitu Jungkook ketika melakukan siaran langsung dalam Weverse pula mendapat perhatian.

Dia meraikan ulang tahun kelahiran ke-25 bersama peminat sehingga mencatat jumlah tontonan sebanyak 9.5 juta orang.

Maka tidak hairanlah, apa yang dipakainya ketika itu menuai perhatian sehingga pijama berkenaan laku ‘keras’ dalam platform Amazon.

Kesemua empat saiz set baju tidur tersebut habis ‘dirembat’ peminat yang berminat dengan pakaian dipakai Jungkook.

Gara-gara kejadian tersebut, Jungkook digelar sebagai Sold Out King oleh para penggemarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI