fbpx

Pengumuman baharu pemakaian pelitup muka dijangka dibuat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka kepada rakyat Malaysia dijangka diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) di Bangunan Parlimen esok.

Jangkaan itu dibuat selepas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijadualkan membuat satu sidang akhbar di ruang media Bangunan Parlimen pada pukul 1.30 tengah hari.

Minggu lalu, Khariy menjelaskan, KKM akan membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka selewat-lewatnya Rabu ini.

Khairy berkata, Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau masih dalam proses mengumpul pandangan orang ramai berhubung perkara itu sebelum keputusan baharu mengenai pemakaian pelitup muka diumumkan.

Bermula 1 Mei lalu, KKM mengumumkan kelonggaran pemakaian pelitup muka apabila ia tidak lagi diwajibkan di luar bangunan dan kawasan terbuka.

Pun begitu, ia masih wajib dipakai apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing.

Penguatkuasaan pemakaian pelitup muka itu dibuat berdasarkan peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI