fbpx

Pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (kiri) pada sidang akhbar di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam bangunan atau di tempat tertutup berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemilik premis namun diberi pilihan untuk terus meminta orang ramai memakainya dalam premis mereka.

“Berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan pemakaian pelitup muka dalam bangunan dan tempat tertutup kini adalah suatu pilihan.

“Bagaimanapun pemilik premis boleh tentukan wajib pakai atau tidak. Sekarang kita serahkan kepada pemilik premis. Kalau pemilik premis putuskan kena pakai, maka kena ikut kehendak pemilik premis,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI