fbpx

Pasangan kekasih ditemui mati dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali (dua dari kiri) memeriksa kereta Kancil yang dinaiki pasangan terbabit di lokasi kejadian hari ini.

ALOR GAJAH – Seorang pemuda dan remaja perempuan dipercayai pasangan kekasih ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta di di Lubok China di sini hari ini.

Mangsa yang masing-masing berusia 20 dan 16 tahun itu ditemui oleh orang awam yang melaporkan kejadian kepada pihak polis pada pukul 9.25 pagi.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, hasil pemeriksaan sepasukan polis ke lokasi menjumpai sebuah kereta jenis Perodua Kancil diparkir di dalam kawasan itu dalam keadaan ditutupi kain kanvas.

Katanya, pemeriksaan lanjut menjumpai seorang pemuda di tempat duduk pemandu, manakala perempuan di bahagian penumpang hadapan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Anggota polis mengangkat kedua-dua mayat yang ditemui dalam sebuah kereta kancil di Alor Gajah, Melaka, hari ini.

“Hasil maklumat awal, pihak polis telah dimaklumkan oleh rakan remaja perempuan terbabit bahawa dia telah menghantar si mati ke lokasi tersebut pada pukul 4 petang semalam bagi berjumpa pemuda berkenaan.

“Ketika itu, kereta tersebut telah diparkir di lokasi kejadian, kita percaya kedua-dua si mati ini adalah pasangan kekasih dan sengaja duduk berdua-duaan di dalam kereta serta menutupinya dengan kain kanvas bagi mengaburi keberadaan mereka,” katanya pada sidang akhbar di lokasi di sini hari ini.

Razali berkata, pasangan itu disyaki meninggal dunia akibat terhidu karbon monoksida susulan pendingin hawa dalam keadaan dihidupkan dan kehabisan minyak.

Ujarnya, kedua-dua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI