fbpx

Nyla Kaadira jadi pilihan Tasha Shilla, suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TASHA Shilla dan suaminya, Muhammad Atiq bersama anak kedua mereka yang dilahirkan Isnin lalu, Nyla Kaadira.

PETALING JAYA – Pelakon Tasha Shilla dan suami, Muhammad Atiq sepakat memberikan nama Nyla Kaadira buat anak kedua yang selamat dilahirkan pagi kelmarin.

Muhammad Atiq menerusi Instagram memberitahu, dia dan isteri memilih nama itu khas buat puteri tersayang mereka dan memohon agar cahaya matanya itu menjadi anak yang solehah kelak.

“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan dia agar menjadi anak yang solehah, penyejuk mata hati ibu serta ayahnya.

“Beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan akidahnya, rezeki yang luas dan halal,” tulisnya.

Terdahulu, kurang setahun dikurniakan cahaya mata pertama, Tasha sekali lagi menerima berita gembira selepas disahkan hamil anak kedua pada awal Januari tahun ini.

Tasha selamat melahirkan Nyla dengan berat 3.19 kilogram menerusi kaedah pembedahan sekitar pukul 10.37 pagi di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Muhammad Atiq memaklumkan, proses pembedahan memakan masa hampir sejam dan dia turut berada di dalam dewan bersalin bagi menemani isteri tercinta sekali gus menyambut kelahiran anak mereka.

Sekadar info, Tasha dan suaminya bernikah pada 28 Februari 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Raees Zander yang dilahirkan 24 April tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI