fbpx

Misi KL City tempa sejarah baharu – Paulo Josue

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE yakin KL City mempunyai kemampuan untuk mara ke final antara zon Piala AFC dengan menewaskan ATK Mohun Bagan di Kolkata, India malam ini.

KUALA Lumpur (KL) City FC enggan menjadikan kekurangan maklumat mengenai ATK Mohun Bagan sebagai alasan untuk tidak beraksi sehabis baik menjelang aksi separuh akhir antara zon Piala AFC di Kolkata, India malam ini.

Kapten KL City, Paulo Josue menegaskan, mereka tidak rela terlepas peluang untuk ‘menulis’ satu lagi bab baharu dalam sejarah bola sepak Malaysia pada aksi di Stadium Salt Lake itu nanti.

Arkitek tengah kelahiran Brazil itu yakin KL City mempunyai kemampuan untuk mara ke final antara zon Piala AFC bertemu pemenang antara Sogdiana Jizzakh (Uzbekistan) atau Eastern SC (Hong Kong) pada 5 Oktober depan.

“Kami tiada banyak maklumat mengenai lawan dan ia hanya berdasarkan analisis dilakukan barisan kejurulatihan. Namun, kami sudah bersedia dan yakin mampu menghadapinya sebagai satu pasukan,” katanya.

“Saya berharap dapat lakukannya buat kelab dan rakan sepasukan sekali gus membanggakan bola sepak Malaysia. Kami satu pasukan layak meraihnya dan akan bekerja keras untuk meneruskan perjalanan ini.

“Momentum kami pada tahap terbaik terutama di Piala AFC. Kami akan berikan segala-gala­nya yang kami ada untuk ke pu­singan seterusnya,” katanya.

Skuad bimbingan Bojan Hodak itu mara ke separuh akhir selepas memenangi aksi final Zon Asean menewaskan wakil Indonesia, PSM Makassar 5-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur bulan lalu.

Jika menang dan sekali lagi meraih keputusan sama di final antara zon, KL City akan ke Final Piala AFC menentang kelab dari Asia Barat antara Al-Arabi (Kuwait), Al-Seeb (Oman) dan dua wakil Bahrain, East Riffa serta Al-Riffa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`