fbpx

LHDN optimis kutipan cukai langsung lebih RM139.3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizom (depan, kanan) ketika menanam pokok bakau sebagai simbolik program itu di Hutan Simpan Kuala Bernam, Sungai Apong hari ini.

SABAK BERNAM – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) optimis mampu mencapai sasaran hasil kutipan cukai langsung melebihi RM139.3 bilion pada tahun ini sekali gus bertepatan dengan perkara yang digariskan dalam Bajet 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd. Nizom Sairi berkata, pihaknya yakin kutipan itu dicapai berikutan perkembangan positif ekonomi selepas pandemik Covid-19.

“Selain itu, kita dapati trend pembayaran cukai langsung kini semakin meningkat dan lebih baik.

“Justeru, LHDN optimis mampu mengutip lebih daripada jumlah yang disasarkan iaitu RM139.3 bilion,” katanya ketika ditemui pada program Penanaman Pokok Bakau KDEB Waste Management (KDEBWM), LHDN dan Jabatan Perhutanan Selangor di Hutan Simpan Kuala Bernam, Sungai Apong di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kata Mohd. Nizom, tahap kesedaran individu, perniagaan dan syarikat bagi pematuhan laporan pendapatan semakin meningkat ketika ini.

“Kita sedang membuat penyelidikan bagi mendapatkan anggaran dan peratusan sebenar mengenai pematuhan laporan pendapatan pada masa akan datang. Kita tiada peratusan sebenar kerana ia masih lagi dalam penyelidikan namun ia dijangka meningkat dan lebih baik,” katanya.

Pada masa sama, eliau berkata, pihaknya masih meneliti ketirisan cukai mengenai syarikat yang menjalankan penyelewengan subsidi minyak masak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI