fbpx

‘Import’ Jalur Gemilang dari KL hias rumah pusaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PINTU gerbang sebuah rumah pusaka di Kampung Chulek, Gopeng yang dihiasi dengan Jalur Gemilang.

GOPENG – Seorang penduduk Kampung Chulek, di sini sanggup menjelajah ke dua daerah demi mencari Jalur Gemilang untuk menghias rumah mereka sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 baru-baru ini.

Penduduk tersebut, Siti Hajar Abdul Fatah, 50, berkata, tindakan itu dilakukan kerana mereka gagal membeli bendera tersebut berhampiran tempat tinggalnya kerana telah habis dijual.

“Jadi, kami mengambil keputusan untuk keluar dari daerah ini untuk mencari bendera Malaysia. Kami ke Batu Gajah dan Kampar, namun masih gagal menemuinya.

“Merata-rata kami cari seperti kedai runcit dan serbaneka. Begitu laris bendera itu dibeli oleh orang ramai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Katanya, mereka akhirnya berjaya mendapatkan Jalur Gemilang setelah adik ipar membawa pulang bendera itu dari Kuala Lumpur.

Menurut Siti Hajar, dia menghias rumah pusaka milik ­keluarga suaminya dengan bendera ­berkenaan bagi me­nyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu dan Hari Malaysia tidak lama lagi.

SITI HAJAR menghias rumah dengan bendera yang diberikan adik iparnya dari Kuala Lumpur.

Dia berkata, mereka juga menghias rumah tersebut kerana pada masa sama menyertai pertandingan Halaman Merdeka anjuran Gopeng Glamping Park baru-baru ini.

“Meskipun sukar untuk mendapatkan bendera, kami berjaya menghias rumah pusaka itu dalam masa lebih dua minggu.

“Empat orang membantu kami suami isteri untuk menghias rumah dengan hiasan pintu gerbang, replika meriam dan juga wau besar menggunakan Jalur Gemilang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI