fbpx

Empat ahli sindiket edar dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ChongChern (dua kiri) menunjukkan hasil rampasan dadah dalam serbuan di sekitar Seberang Perai di IPD SPS, di sini lewat petang tadi. - FOTO/ IQBAL HAMDAN

NIBONG TEBAL – Empat suspek terdiri dua pasangan lelaki dan wanita yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis heroin dan syabu ditahan dalam serbuan sekitar Seberang Perai, di sini Jumaat lalu.

Tangkapan suspek pertama dan kedua membabitkan lelaki dan wanita tempatan yang berusia 33 tahun itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Halaman Indah di Jawi.

Menerusi tangkapan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan (IPD SPS) berjaya merampas dua bungkusan dadah jenis heroin seberat 909 gram bernilai RM10,000 bersama tiga peket syabu seberat dua gram bernilai RM200.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, hasil soal siasat, polis kemudian menyerbu sebuah lagi kediaman di Kondominium Cassia di Butterworth sekali gus menahan satu pasangan berusia 51 dan 29 tahun.

“Dalam serbuan tersebut, kita menemui tujuh ketulan ganja mampat seberat kira-kira 6.91 kilogram yang dianggarkan bernilai RM17,500.

“Selain itu, satu peket dadah syabu seberat 0.2 gram bernilai RM20 turut dirampas manakala sebuah kenderaan turut disita menjadikan nilai sitaan keseluruhan bernilai RM77,720,” katanya ketika ditemui di sini petang tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sindiket terbabit dipercayai aktif sejak awal tahun ini untuk bekalan pasaran tempatan.

“Semakan mendapati kesemua suspek memiliki rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah. Hasil ujian saringan awal urin endapati keempat-empatnya positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan tetrahydrocannabinol (THC).

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI