fbpx

‘Dugaan kecil’ zahir cinta nusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Ketika menjejaki stesen transit aliran ringan (LRT) Cheras pada pukul 7.45 pagi, 31 Ogos lalu, penulis yang baru menggunakan tren selepas berdekad keliru dan kehairanan melihat orang ramai yang lengkap membawa bendera serta berpakaian tema Jalur Gemilang mengerumuni kedua-dua arah di tepi laluan tren.

Walhal kesemuanya tampak mahu menuju ke arah haluan yang sama iaitu ke Masjid Jamek untuk menghadiri perbarisan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.

Selepas kecewa empat kali tren yang tiba dipenuhi sepadat-padatnya manusia, barulah penulis tersedar bahawa mereka di seberang sana adalah orang-orang yang telah terlebih dahulu tiba ke stesen itu. Mereka terpaksa memilih haluan bertentangan untuk membolehkan masuk ke tren sebelum mengambil tren laluan betul di stesen lain yang agak jauh dan kurang orang.

Oh begitu strateginya! Agak lambat penulis ‘menangkap’. Apapun itu barulah cabaran pertama yang dilalui penulis untuk tiba ke destinasi.

Setelah mengikuti strategi sama, penulis pun bertukar tren lain di stesen Bukit Jalil. Selepas melalui jalan lebih panjang daripada sepatutnya, tren pula tidak boleh berhenti di stesen Masjid Jamek dan stesen berikutnya, sebaliknya kami hanya boleh keluar di stesen Sultan Ismail.

Difahamkan, tindakan itu perlu diambil memandangkan stesen-stesen berkenaan sudah terlampau padat dengan orang ramai.

Maka, semakin jauhlah kami menapak.

Meskipun situasi itu menyesakkan, tapi penulis rasa gembira apabila menyaksikan ramainya rakyat Malaysia pelbagai kaum yang sanggup melalui kesulitan itu demi bersama-sama menikmati perbarisan Hari Kebangsaan.

Dalam keadaan jalan raya banyak ditutup, penulis percaya ratusan ribu orang yang hadir ke situ mempunyai cabaran masing-masing untuk tiba. Ada yang sanggup korbankan waktu tidur apabila terpacak di Dataran Merdeka sejak pukul 4.30 pagi dan ramai yang bersesak untuk saksikannya. Namun, apalah besarnya kesulitan-kesulitan itu jika hendak dibandingkan dengan apa yang ditempuhi pejuang-pejuang terdahulu.

Melihat kanak-kanak yang menyanyi kecil lagu Negaraku ketika dirinya mengisi waktu menunggu LRT menyentuh hati ini bahawa pendidikan Malaysia masih di landasan baik untuk melahirkan warganegara patriotik.

Dari atas tren lagi, terlihat lautan manusia di bawah sana dan apabila keluar dari stesen, bagaikan setiap inci jalan dan jejambat ada manusia. Kerajaan menyifatkan kehadiran itu luar biasa dan di luar jangkaan apabila sepanjang tiga kilometer laluan dipenuhi orang 100 peratus.

Setelah melalui pelbagai krisis politik, kesihatan, sosial dan ekonomi, masih ramai rupanya yang terus mahu melahirkan rasa sayang dan cinta kepada nusa ini yakni Malaysia, tanah air kita.

Tanpa signal keterujaan yang jelas di media sosial sebelum majlis, ditambah pula kesenduan kempen kibaran Jalur Gemilang, tiba-tiba lautan manusia yang tidak terbendung membadai Dataran Merdeka.

Situasi ini tidak ubah seperti pengundi-pengundi senyap yang tanpa diduga mencetuskan tsunami besar di peti undi.

Biar apapun alasan sebenar kehadiran itu, sokongan ditunjukkan ke majlis kenegaraan sebegitu sudah cukup membanggakan dan menjadi asbab yang menyedarkan semua bahawa sesungguhnya kita masih punya negara untuk dicinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI