fbpx

Cuaca buruk di sembilan negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan melibatkan sembilan negeri diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 9 malam ini.

Negeri terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk di Perak dijangka berlaku di Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim

“Kelantan di Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Terengganu di Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun. Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

“Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Negeri Sembilan di Jempol dan Tampin. Johor di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, bagi Sarawak kawasan terlibat adalah Kuching (Bau), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Marudi) dan Limbang (Lawas)

“Sabah di Pedalaman (Sipitang, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI