fbpx

Cadangan tutup pejabat UNHCR masih dalam perbincangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN ketika melancarkan Monograf Kerangka Dasar Luar Malaysia bersempena Persidangan Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Syor Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia ditutup masih dibincangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, arahan MKN Nombor 23 itu kini dalam perundingan pelbagai pihak sebelum dimuktamadkan oleh kerajaan secara rasmi.

“Respons saya terhadap cadangan MKN ialah kita (Kementerian Luar) pun masih dalam perbincangan kerana soal kad UNHCR itu agak kompleks,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Terdahulu beliau melancarkan buku Monograf Kerangka Dasar Luar Malaysia bersempena Persidangan Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Kesembilan secara hibrid.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sebelum Arahan MKN itu direalisasikan, kerajaan perlu mempunyai mekanisme tersendiri bagi mengenal pasti perbezaan pelarian bertaraf pencari suaka dan PATI.

“Kita juga kena ada cara untuk menyantuni mangsa pemerdagangan manusia kerana mereka dieksploitasi penjenayah rentas sempadan dan tidak sama dengan pelarian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI