fbpx

Beruang kutub ditemui lumpuh akibat ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERUANG separuh lumpuh itu terbaring di dalam parit. – social media/ The Siberian Tim

SIBERIA – Seekor beruang kutub yang kelaparan di Siberia ditemui dalam keadaan separuh lumpuh di dalam sebuah parit dengan beberapa kesan tembakan ketika penyelamat berjuang untuk menyelamatkannya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Beruang kutub betina yang kurus kering dan mengalami dehidrasi itu ditemui di Pulau Dickson di Artik Siberia yang terpencil.

Rakaman memaparkan haiwan yang cedera itu terbaring dalam kesakitan dan hampir tidak bergerak ketika merayu pertolongan orang ramai.

Beruang kutub itu kemudian diterbangkan ke Moscow dan siasatan jenayah dijalankan untuk menentukan bagaimana ia ditembak. 

Tidak jelas sama ada ia ditembak kerana membahayakan manusia atau oleh pemburu haram. Tempoh ia mengalami luka juga tidak diketahui.

Kesimpulan awal daripada seorang doktor yang memeriksa haiwan itu mendapati ia ditembak dengan peluru buatan sendiri yang menyebabkan beberapa luka di bahagian belakang dan kaki.

“Pakar zoo Moscow berjuang menyelamatkan beruang itu. Sukar untuk meramalkan keputusannya,” kata ketua badan pemerhati alam sekitar Russia, Svetlana Radionova.

Rakaman menunjukkan beruang itu dibius sebelum diberi pertolongan cemas, dimuat ke dalam pengangkutan ke Moscow dalam perjalanan sejauh 2,735.9 kilometer.

Radionova berkata, memburu beruang adalah haram dan jika didapati menjadi punca kecederaan, pendakwaan akan diteruskan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI