fbpx

Angka korban Taufan Hinnamnor meningkat kepada 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berjalan di sepanjang jalan tepi laut yang rosak di Ulsan, semalam. - AFP

SEOUL – Angka korban Taufan Hinnamnor di Korea Selatan meningkat kepada 10 orang, kata pihak berkuasa, selepas ribut membadai pantai selatan negara itu yang disertai dengan ombak besar dan hujan lebat minggu ini.

Taufan tersebut, yang merupakan antara terkuat melanda negara itu dalam beberapa dekad, membanjiri jalan-jalan dan bangunan-bangunan sepanjang Isnin dan Selasa.

Di bandar pelabuhan tenggara, Pohang, yang merupakan satu daripada kawasan terjejas teruk, tujuh mayat dan dua mangsa terselamat ditarik keluar dari sebuah lot parkir bawah tanah di sebuah kompleks apartmen, kata Ibu Pejabat Tindakan Bencana dan Keselamatan Pusat.

Kesemua mangsa terperangkap selepas dilaporkan cuba mengalihkan kenderaan mereka di lot parkir, kata beberapa laporan media tempatan.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat disambung hari ini dan pihak berkuasa berkata, dua orang masih hilang.

Sementara itu, satu lagi kematian lain disahkan di Pohang hari ini, selain satu lagi di Gyeongju, di mana mangsa terbunuh apabila sebuah rumah tertimbus di sebalik tanah runtuh.

Semalam, satu kematian dilaporkan di Pohang selepas seorang warga emas dihanyutkan air banjir.

Taufan Hinnamnor telah memaksa lebih 4,700 orang meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari perlindungan selain kira-kira 12,000 rumah dan bangunan musnah.

Hampir 90,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di seluruh negara akibat ribut, namun kebanyakannya berjaya dipulihkan awal hari ini, kata pihak berkuasa. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI