fbpx

Ahmad Dzaffir dilantik Ketua Polis Negeri Sembilan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Dzaffir. - IHSAN PDRM

PETALING JAYA – Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Deputi Komisioner (DCP) Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, pertukaran membabitkan pegawai kanan PDRM itu akan berkuat kuasa 21 September ini.

Terdahulu, Ahmad Dzaffir pernah memegang jawatan sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Perundangan) PDRM dan Urusetia Pejabat KPN Bukit Aman sebelum dipindahkan ke Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat DCP. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI