fbpx

Wanita dilema bekas suami minta rujuk lepas puas belasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita sedang dalam dilema sama ada ingin mengikut kehendak hati atau mengutamakan anak-anak jika tidak dapat kasih sayang seorang ayah sekiranya dia memilih untuk terus berpisah dengan bekas suaminya.

Luahan yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, menerusi akaun Cik Puan Lola menggambarkan situasi perit yang perlu dilaluinya apabila sering menjadi mangsa sikap baran bekas suaminya itu sehingga akhirnya terlafaz cerai talak satu.

“Saya seorang suri rumah sepenuh masa menjaga tiga anak yang masih kecil, saya hanya ingin meluahkan perasaan saya sebab saya tidak ada kawan untuk mendengar cerita saya.

“Semalam (kelmarin) saya bergaduh dengan suami, gaduh bukannya benda besar pun tapi dia tergamak lafaz cerai talak satu depan anak-anak.

“Buat pengetahuan semua, dalam tempoh empat tahun perkahwinan, suami sering naik tangan dan saya masih ingat lagi tiga tahun lepas masa saya mengandung tujuh bulan saya dan suami bergaduh dia lempang dan marah saya depan keluarga dia,” luahnya.

Menurut wanita berkenaan, sejak dari kejadian itu, bekas suaminya itu sudah jarang memukulnya.

Bercerita lanjut, pada awal Ogos lalu, berlaku perselisihan faham antara dia dan suami sehingga menimbulkan kekerasan.

“Dia (bekas suami) pukul saya dan tampar muka saya dengan kotak rokok dia kemudian cekik leher saya, nasib anak-anak menangis. Kalau tidak, apa akan jadi pada saya. Katanya, saya kuat melawan sedangkan saya hanya berdiam diri kerana tidak mahu panjangkan masalah setiap kali bergaduh.

“Semalam (kelmarin) selepas dia ceraikan saya, dia terus hubungi mak saya suruh ambil saya dan mak hubungi saya semula suruh bincang dengan baik dan saya hanya mampu menangis.

“Saya pun WhatsApp mak mentua maklumkan yang kami dah bercerai. Mak mentua saya datang ambil saya bawa balik rumah dia dan merayu untuk saya berbaik dengan bekas suami demi anak-anak kami,” katanya.

Jelasnya lagi, hari ini bekas suaminya akan memfailkan kes tersebut di mahkamah dan lelaki itu sempat memberitahunya akan rujuk semula.

“Saya dalam dilema kalau saya tetap dengan pendirian, saya nak sahaja saya balik pada keluarga saya dan tinggalkan dia, tetapi apabila dikenangkan anak-anak yang masih kecil ini buat hati saya luluh,” ujarnya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI