fbpx

Ukraine pertimbang benarkan kandungan pornografi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebenaran untuk bahan pornografi didakwa boleh menambah wang kepada belanjawan Kiev. - Getty Images

KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengarahkan penilaian semula dilakukan untuk membenarkan kandungan bahan pornografi, lapor laman berita RT semalam.

Tindakan itu dibuat sebagai respons kepada petisyen yang mengumpulkan 25,000 tandatangan yang diperlukan untuk isu itu dipertimbangkan pihak berkuasa.

Mengulas mengenai inisiatif itu, Zelenskyy memberi isyarat bahawa beliau telah mengarahkan Perdana Menteri, Denis Shmigal untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan dalam petisyen dan memaklumkan pengarangnya mengenai hasil pertimbangan.

Zelenskyy menyatakan bahawa Perlembagaan negara itu memberikan rakyat Ukraine hak untuk kebebasan berfikir, bersuara dan meluah.

Bagaimanapun, peruntukan itu dihadkan termasuk oleh undang-undang mengenai Perlindungan Akhlak Awam yang melarang pengeluaran dan pengedaran bahan eksplisit.

Pengarang petisyen, Taras Syromskyi berkata, undang-undang Ukraine dalam bidang itu mempunyai banyak jurang yang ‘memberi ruang untuk tafsiran’ terutamanya mengenai bagaimana erotisme ditakrifkan.

“Perundangan tidak menjelaskan dengan baik mengenai erotisme dalam seni dan bagaimana erotisme dianggap lucah,” tulisnya. 

Tambah Syromskyi, pengharaman bahan lucah juga boleh menggalakkan rasuah.

“Pada masa sama, kebenaran bahan lucah memberikan peluang yang ideal untuk menarik perolehan wang kepada belanjawan Ukraine,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI