fbpx

Marcus Rashford, Antony wira Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag memuji gandingan dua bintangnya, Antony dan Marcus Rashford yang memainkan peranan pen­ting dalam kemenangan 3-1 ke atas Arsenal di Old Trafford malam kelmarin.

Ia juga membuktikan The Red Devils membuat keputusan tepat membeli Antony dari Ajax dengan harga keseluruhan bernilai €100 juta (RM445.01 juta) pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup 1 September lalu.

Apa tidaknya, Antony, 22, membuat debut cemerlang dengan meledak satu gol untuk membuka tirai jaringan dalam perlawanan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada minit ke-35.

Rashford juga yang pernah dikritik hebat kerana prestasi tidak konsisten, membalasnya dengan mencipta gerakan jari­ngan buat Antony sebelum meledak dua gol pada minit ke-66 dan 75.

“Antony dan Rashford bermain dengan hebat selain memberi ancaman berterusan ke gawang Arsenal. Setiap serangan kami amat berbahaya disebabkan kreativiti dan kepantasan mereka berdua.

“Ini adalah kali pertama mereka bermain bersama tetapi ia seolah-olah sudah lama menjadi rakan sepasukan. Inilah salah satu perlawanan terbaik kami setakat musim ini,” kata Ten Hag.

Ia adalah kemenangan keempat berturut-turut The Red Devils musim ini dan juga kedua diraih ke atas pasukan ‘Top 6’ selepas terdahulu menewaskan Liverpool 1-0 pada 23 Ogos lalu.

Lebih menarik, keputusan itu secara tidak langsung meleburkan rekod bersih Arsenal yang sebelum ini menang kesemua lima perlawanan terakhir EPL. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI