fbpx

Makin rimas pakai pelitup muka?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Sebaik sahaja menyelesaikan sesuatu tugasan di mana-mana kaunter sama ada di bank atau di kaunter khidmat pelanggan di pusat beli-belah dan juga pejabat kerajaan, tangan pasti ligat menggunakan sanitasi tangan.

Pantang lepas pegang pen, mengecop jari di mesin khas, memegang lif, pintu dan apa sahaja benda di hadapan mata, pastinya sanitasi tangan jadi pelengkap sebagai ikhtiar kita mengelak diri daripada dijangkiti sebarang virus berbahaya.

Malah, ada yang bergurau dengan penulis, ‘guna sanitasi tangan macam nak ambil wuduk’ sambil disambut gelak ketawa rakan-rakan kerana ketaksuban kita sebagai manusia yang lemah untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit membawa maut itu.

Kini botol sanitasi yang terletak di mana-mana kaunter khidmat pelanggan, terus dipandang sepi.

Tetapi tidak dinafikan, masih ramai lagi yang setia menggunakannya tetapi keterujaan meneruskan rutin memakai sanitasi tangan semasa pandemik itu semakin berkurangan.

Selain itu, ada juga yang sudah culas dan cuba mengelak daripada memakai pelitup muka bila keluar dari kediaman masing-masing.

Malah, minat untuk membeli berkotak-kotak pelitup muka sebagai kegunaan satu keluarga dengan perbelanjaan beratus ringgit termasuk membeli produk penjagaan kesihatan lain juga agak dingin.

Tahniah buat mereka yang masih kekal memakai pelitup muka sepanjang lapan jam berada di dalam pejabat atau di mana-mana premis malah ada juga yang masih memakai dua lapisan pelitup muka dengan kemas.

Rata-rata sebahagian daripada masyarakat sudah mula menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi untuk tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam termasuk penulis yang sekali-sekala berasa rimas memakainya. Alasan panas dan berpeluh jadi taruhan.

Persekitaran mencabar ini turut memberi impak kepada industri pengeluaran produk berkaitan penjagaan kesihatan khususnya pelitup muka yang mana ada syarikat bersaiz kecil khususnya bumiputera telah menghentikan tempahan dan pengeluarannya.

Bagaimanapun, bagi pengeluar utama yang terlibat dalam pasaran global telah menjadikan ia sebagai satu cabang perniagaan sampingan yang menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan.

Pemain ini sudah merangka strategi jangka pendek dan panjang untuk terus kukuh dalam perniagaan tersebut kerana memiliki pasaran yang meluas, malah permintaan yang tinggi terhadap produk penjagaan kesihatan itu daripada industri khusus.

Benarlah pandemik ini memberi limpahan rezeki buat mereka yang pandai mengaut peluang dan keuntungan, langkah pantas yang disokong dengan dana mencukupi akan memberi kelebihan kepada kumpulan tersebut.

Tetapi buat mereka yang masih terkial-kial memulakan langkah dalam fasa endemik ini, pastikan terus memecut dan jangan leka dibuai mimpi kerana kemungkinan besar misi tersebut bakal lapuk kerana ditelan era digitalisasi semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI