fbpx

Mahkamah: Ahli perniagaan didakwa cuba tipu, menyamar SUS Tengku Mahkota Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang dua tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Datuk Redzuan Zainuddin, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nadia Othman.

Mengikut pertuduhan, Redzuan didakwa telah cuba menipu lelaki yang juga pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank yang berusia 58 tahun dengan menyamar supaya lelaki itu mempercayai bahawa tertuduh adalah Setiausaha Sulit (SUS) kepada Tengku Mahkota Pahang/Pemangku Raja Pahang.

Ia mendorong supaya lelaki itu melantik tertuduh sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah aras  Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, Brickfields di sini pukul 2.14 petang pada 27 Mac 2020 yang didakwa memgikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa Asisten Superitendan Nom Phot Prackdit mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun peguam Ramalinggam yang mewakili tertuduh memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.

“Tertuduh merupakan seorang ahli perniagaan, sudah berkahwin dan mempunyai anak. Pohon  jumlah jaminan dikurangkan,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Majistret Nadia membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 25 Oktober ini ditetapkan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI