fbpx

Letupan bom ikan: Kematian pertama tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZMAN (tiga dari kanan) menyampaikan sijil kepada penerima pada Program Kesedaran Pematuhan myGAP dan Pensijilan Jabatan Perikanan Malaysia di Taiping hari ini.

TAIPING – Kes letupan bom ikan yang berlaku di Hutan Lipur Lata Kekabu di Lenggong semalam adalah yang pertama melibatkan kematian pada tahun ini.

Pengarah Perikanan Negeri, Noraishah Hashim berkata, kes seumpama itu juga berlaku di daerah-daerah lain namun ia sukar dikesan kerana dilakukan secara bersembunyi.

“Kes (tangkap ikan secara haram) ini ada tetapi tidak banyak sangat. Ia memang berlaku di semua daerah cumanya kes semalam adalah pertama melibatkan kematian.

“Biasanya mereka ini gunakan peralatan terlarang secara sembunyi, jika ada aduan kita akan jalankan siasatan dan selalunya kes begini kita dapat tangkap termasuk melibatkan nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Kesedaran Pematuhan myGAP (Malaysian Good Aquaculture Practice) dan Pensijilan Jabatan Perikanan Malaysia peringkat negeri di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan Pengerusi Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria.

Menurut Noraishah, pemantauan mendapati, banyak kes melibatkan nelayan sungai menggunakan bahan letupan, tuba atau meracun ikan bagi mendapatkan hasil yang banyak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI