fbpx

Lelaki panjat bangunan 95 tingkat tanpa tali keselamatan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lockwood melambai kepada orang ramai yang berkumpul di bawah bangunan selepas berjaya sampai ke puncak. - The Sun UK

LONDON – Seorang lelaki ditahan polis selepas melakukan lagak ngeri dengan memanjat bangunan tertinggi di Britain dalam keadaan berkaki ayam serta tanpa menggunakan sebarang tali keselamatan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Adam Lockwood, mencetuskan kekecohan di kawasan bangunan The Shard, London apabila mula memanjat bangunan pencakar langit itu dengan hanya menggunakan serbuk kapur bagi menguatkan cengkaman.

Lelaki itu kemudiannya merakam swafoto dengan keadaan tidak berbaju sambil sebelah lagi tangannya mengimbangi badan pada ketinggian 310 meter dari tanah.

Lockwood menyiarkan klip menggerunkan itu di laman Instagram untuk mendedahkan pemandangan menakjubkannya dari atas bangunan.

Polis London memaklumkan menerima panggilan sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) mengenai seorang lelaki yang disyaki menceroboh kawasan tersebut.

Ini bukan kali pertama Lockwood yang memiliki 12,800 pengikut di laman YouTube melakukan perkara sebegini apabila pernah dijel dan diharamkan daripada menjejakkan kaki di beberapa mercu tanda seluruh dunia kerana aktiviti esktremnya.

“Saya suka melihat sesuatu dari ketinggian, saya suka badan saya digantung ratusan meter di langit, saya suka cabaran menyusup ke tempat yang selamat untuk mencapai matlamat ini,” kata Lockwood mengenai obsesinya memanjat bangunan pencakar langit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI