fbpx

Indonesia wajibkan subjek sejarah di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pancasila adalah subjek yang menerangkan mengenai sejarah, asal usul dan pembangunan republik Indonesia. - Rimanews

JAKARTA – Ketua Badan Standard Pendidikan, Pentaksiran dan Kurikulum Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Anindito Aditomo mengumumkan subjek Pancasila sebagai mata pelajaran wajib dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah.

Mata pelajaran Pancasila adalah pembelajaran mengenai sejarah nasionalisme Indonesia, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Anindito berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Pendidikan Kebangsaan mengenai kewajipan subjek itu dalam kalangan pelajar telah diluluskan pemerintah.

“Usul menjadikan subjek Pancasila sebagai mata pelajaran wajib kini termaktub dalam Perkara 81 dan 84 RUU Sistem Pendidikan Nasional,” kata Anindito.

Menerusi silibus semasa, pendidikan Pancasila tidak tersenarai sebagai isi atau mata pelajaran wajib dalam kurikulum pendidikan rendah dan menengah.

Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin sebelum ini pernah menyuarakan sokongan rancangan mengembalikan Pancasila sebagai mata pelajaran wajib bagi pelajar di republik tersebut.

Menurutnya, masyarakat terutamanya generasi baharu perlu memahami kepentingan Pancasila dalam kehidupan harian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI